
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Program Malaysia Aktif @ Komuniti Saratok 2025 Peringkat Bahagian Betong Galakkan Gaya Hidup Cergas Dan Sihat
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak
BETONG, 4 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Saratok 2025 Peringkat Bahagian Betong Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Wisma Persekutuan Saratok, menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu inisiatif sihat dan inklusif.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Indai Tai Saratok yang bertujuan menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran kondusif kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup cergas dan aktif.
Turut hadir memeriahkan program ialah Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, yang turut bersama peserta menyertai aktiviti yang dijalankan.