
- JBS Sarawak
- Hits: 47
MESYUARAT PELAKSANAAN KEM BELIA TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 3 Julai 2025 : Satu mesyuarat pelaksanaan Kem Belia Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei yang dipengerusikan oleh Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Sarikei. Mesyuarat tersebut turut dihadiri daripada PPD Sarikei, PPD Julau, PPD Meradong dan para guru Pusat Kokurikulum Daerah (PKD), Kem SMK Sg. Paoh dan guru pengiring setiap sekolah menengah yang terlibat.
Mesyuarat pada kali ini adalah penyelarasan jadual aktiviti yang terakhir sebelum program ini dijalankan pada 11-13 Julai 2025 nanti di Pusat Kokurikulum Daerah (PKD), Kem SMK Sg. Paoh yang akan melibatkan 60 pelajar sekolah menengah di Bahagian Sarikei. Semoga program kem belia ini dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung bahaya dan kesan permasalahan sosial belia serta melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#malaysiamadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d