
- JBS Sarawak
- Hits: 124
Pertandingan Dart 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025 Mendapat Sambutan
- JBS Sarawak
- Hits: 124
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 2 JULAI 2025 – Pertandingan Dart Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Miri 2025 telah melabuhkan tirainya pada 29 Jun 2025. Program Ini berlangsung selama 2 hari bertempat di Bamboo Bistro, Miri. Pertandingan dart kali ini mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 73 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pemenang Pertandingan Dart Program 1000 Liga Dart Peringkat Bahagian Miri 2025 ialah Jojoy (Johan), Xiodi (Naib Johan), Oscar (Tempat Ketiga) Dan Abu Bakar Garcia (Tempat Keempat).
Program 1000 Liga merupakan program sukan individu berbentuk pertandingan dan terbuka kepada semua peringkat komuniti setempat bertujuan memupuk minat serta menarik penyertaan ramai ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak teknikal yang terlibat dan semua peserta yang turut serta dalam pertandingan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri