
- JBS Sarawak
- Hits: 98
PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI DAERAH DARO
- JBS Sarawak
- Hits: 98
MUKAH, 8 JULAI 2025 – Perjumpaan bersama Tuan Zul bin Haji Usup , Pegawai Daerah Daro berkenaan pelaksanaan Program Komuniti Cergas Luar Bandar @ Daro 2025, Program Khidmat Komuniti Belia dan Safety Awarness Bersama Komuniti Peringkat Bahagian Mukah telah diadakan pada 7 Julai 2025 bertempat di Pejabat Pegawai Daerah Daro. Penerangan ringkas program telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi bin Rosli, mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Taklimat tersebut menjurus kepada cadangan pelaksanaan program-program tersebut di Kampung Penasu, Daro pada 9 Ogos 2025 serta tujuan program tersebut dilaksanakan di kawasan luar bandar. Selain itu, beliau turut menerangkan kepada Tuan Zul Haji Usup aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Pejabat Daerah Daro akan membantu pihak pejabat bagi menyelaras program yang akan dilaksanakan bersama KMKK yang berkaitan.