
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Pengiktirafan dan Kecemerlangan Warga Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 7 Julai 2025 – Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) menyaksikan beberapa pencapaian membanggakan bagi warga Bahagian Pembangunan Sukan, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan dedikasi mereka dalam perkhidmatan.
Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, telah diraikan atas kenaikan pangkat daripada Gred S9 ke Gred S10, sebagai penghargaan terhadap komitmen dan kepimpinan beliau dalam memacu pembangunan sukan di negeri ini.
Turut menerima penghargaan, Puan Shyennier Jean Sherit telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan Mei 2025 atas prestasi cemerlang dan sumbangan aktif beliau dalam pengurusan program sukan.
Dalam acara sukan dalaman jabatan, Encik Dennis Dempi dan Encik Rawing berjaya merangkul gelaran Naib Johan dalam Pertandingan Badminton Intersection JBSN Sarawak, membuktikan semangat kesukanan dan kerjasama tinggi dalam kalangan warga kerja.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform amanat kepimpinan jabatan, malah turut meraikan kejayaan dan kecemerlangan warga kerja dalam suasana penuh penghargaan dan semangat kekitaan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama