
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Perhimpunan Bulanan JBSN Sarawak Julai 2025 Berlangsung Meriah
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 7 Julai 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai bertempat di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Majlis anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Sarawak dengan kerjasama Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak itu telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak.
Turut hadir, Puan Hafizah Binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda; Mr Tay Nguan Hock, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran; Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan; Encik Azizi Bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak; serta pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian termasuk secara dalam talian.
Antara pengisian utama perhimpunan ialah amanat Pengarah JBSN Sarawak, Majlis penyampaian sijil pencapaian 100% pelaporan PTJ, penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan bagi bulan April hingga Jun 2025, serta penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Badminton Intersection JBSN Sarawak. Majlis turut menyaksikan sambutan hari lahir warga jabatan bagi bulan Mei hingga Julai.
Perhimpunan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama semua warga jabatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama