
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Mesyuarat Pelaksanaan Program Kem Belia Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan Oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 07 JULAI 2025 – Mesyuarat pelaksanaan program Kem Belia Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2025 bertempat di bilik mesyuarat pejabat pengurusan pelajar UPM, Sarawak pada isnin lepas.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalngan belia berhubung matlamat hidupo dan tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara selain meningkatkan kesedaran berhubung bahaya dan kesan gejala sosial dan jenayah.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri daripada pelbagai agensi seperti pihak Universiti Putra Malaysaia Sarawak, Pejabat kesihatan Bintulu, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Bintulu, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh dan Bintulu, IPD Bintulu, MPP UPM Sarawak serta Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu. Agenda mesyuarat tersebut didahului dengan ucapan aluan pengerusi, taklimat program oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, pembentukan ahli jawatankuasa, agihan tugas dan peranan agensi/NGO, sesi soal jawab.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama