
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Helah Dalam Talian Antara Usul MPBN 2025 Peringkat Bahagian Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 42
Disediakan oleh: Nuff,JBSN Sarawak
BINTULU, 9 JULAI 2025 – “Saya ingin mengingatkan golongan muda atau generasi alpha yang mempunyai gaya hidup, harapan dan tanggapan serta pandangan yang berbeza harus melihat fakta serta rasional dan tidak berasaskan emosi dan nafsu semata-mata. Saya berharap agar golongan ini tidak mengambil jalan pintas untuk mencapai sesuatu dan peranan majlis belia daerah amat penting dalam menangani golongan seperti ini”. Berikut merupakan kata-kata daripada wakil Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara 2025 Peringkat Bahagian Bintulu, Puan Sharpini Binti Daud semasa menyampaikan ucapan dasar beliau pada MPBN 2025 Peringkat Bahagian Bintulu di Dewan Mesyuarat 316, Wisma Bintulu pada 3 Julai 2025.
MPBN 2025 Bahagian Bintulu kali ini membahaskan isu berkaitan pembangunan pendidikan kemahiran belia, perluasan aktiviti pembangunan belia ke institusi pendidikan, kesihatan mental belia, gangsterisme, dan permasalahan sosial dalam talian. Isu dan usul ini telah dicadangkan oleh para perwakilan yang terdiri daripada 10 pertubuhan belia dan 4 organisasi kepimpinan IPT di Bintulu. Isu dan usul ini mendapat maklum balas positif daripada agensi dan jabatan berkaitan yang terdiri daripada Pejabat-pejabat daerah, Lembaga Kemajuan Bintulu, PERKESO Bintulu, Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu dan Tatau/ Sebauh, Klinik Kesihatan Bintulu, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN), Sarawak Multimedia Authority (SMA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bahagian Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu, MARA Bintulu, Jabatan Pembangunan Kemahiran Sarawak, dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sarawak.
Pengerusi menggulungkan persidangan pada pukul 12.30 tengah hari dengan harapan agar majlis perundingan pada kali ini dapat memberi peluang dan ruang yang terbaik kepada belia untuk berkongsi maklumat dan idea demi satu matlamat bersama. Keikhlasan hati dalam perjuangan bersama-sama dengan rakan sebaya akan mencantumkan seluruh hati belia dan menjadi kekuatan demi pembangunan negara pada masa hadapan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama