Perbincangan Penyelarasan Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Perbincangan Penyelarasan Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak 

BETONG, 7 Julai 2025 – Satu sesi perbincangan penyelarasan bagi Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 telah diadakan bersama kelab Sukan Rekreasi Laser Light Debak pada hari ini bertempat di Debak. 

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah pelaksanaan teknikal, penyertaan pasukan, dan lokasi aktiviti bagi program yang akan berlangsung pada 19 Julai 2025. Perbincangan ini dihadiri oleh Encik Saiful Hanizam bin Suhaimi, Presiden Kelab Sukan Laser Light Debak serta wakil kelab, Mohamad Khuril Fadalie bin Shurdy. 

Penyertaan bagi kejohanan ini masih dibuka dan pihak penganjur mengalu-alukan kepada komuniti Betong yang berminat untuk mendaftar sebelum tarikh tutup penyertaan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search