
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Bintulu Bil.2 Tahun 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 JUN 2025 – Satu mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Bintulu Bil.2 Tahun 2025 telah diadakan pada khamis lepas bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Tingkat 3, Blok 2. Wisma Persekutuan Bintulu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En Kigen Anak Satong dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu selaku pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Bintulu dan dihadiri oleh ketua-ketua Jabatan yang berada dibangunan Wisma Bintulu.
Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah berkenaan dengan penguatkuasaan penggunaan pelekat kenderaan bagi semua pegawai dan kakitangan yang memasuki dan meletakkan kenderaan didalam Perkarangan Bangunan Gunasama Persekutuan Bintulu.
Tujuan utama pelaksanaan pelekat kenderaan ini adalah sebagai langkah keselamatan untuk mengurangkan ancaman-ancaman keselamatan terhadap Bangunan Gunasama Persektuan Bintulu. Selain itu, penggunaan pelekat ini juga bertujuan untuk mengelakkan kenderaan orang awam daripada memasuki perkarangan Bangunan Gunasama sewenangnya dan seterusnya meletakkan kenderaan mereka di pakir yang telah dikhaskan kepada pegawai. Pengguatkuasaan penggunaan pelekat kenderaan ini akan dilaksanakan pada 1 Julai 2025.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama