1000 LIGA MUKAH KETENGAHKAN BAKAT BARU SUKAN MEMANAH

1000 LIGA MUKAH KETENGAHKAN BAKAT BARU SUKAN MEMANAH

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 30 JUN 2025 – Program 1000 Liga Bahagian Mukah 2025 bagi sukan memanah telah diadakan pada 28 Jun 2025 bertempat di Padang Bola Sepak SMK Belawai. Program tersebut telah menghimpunkan sebanyak 130 orang pemanah  dari pelbagai daerah untuk bersama-sama memeriahkan program. Program 1000 Liga Bahagian Mukah 2025 bakal melibatkan 5 sukan iaitu memanah, petanque, olahraga, catur dan dart.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Kelab Memanah Tradisional D’Safwah telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dari sekolah yang terlibat selain dapat menimba ilmu dan pengalaman baru mereka dalam sukan ini. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama kelab serta peserta dalam menjayakan program.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search