
- JBS Sarawak
- Hits: 40
PEMATUHAN PROSEDUR MEMASTIKAN KEBERKESANAN OPERASI MENINGKATKAN KUALITI DAN EFISIENSI ORGANISASI
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 30 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan kerja oleh pasukan naziran Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sri Aman pada 23 hingga 24 Jun 2025. Pelaksanaan naziran ini selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138.
Tujuan naziran diadakan adalah untuk memantau pematuhan prosedur kewangan semasa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu ianya dapat memastikan keberkesanan operasi organisasi demi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya memberi pemahaman kepada kakitangan serta pegawai berkenaan tugas kewangan yang dilaksanakan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan terima kasih kepada pasukan naziran JANM Cawangan Sri Aman diketuai oleh Encik Mohamad Nasron bin Ismail atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Pihak pejabat akan terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan sentiasa mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan sekaligus meningkatkan kualiti kerja.