Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 11 NOVEMBER 2024 – Program Plogging @ Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2024 Siri 4 telah diadakan pada 3 November 2024. Aktiviti ini melibatkan laluan dari Kolej Tunku Haji Bujang ke De Tanjung. Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup cergas dalam kalangan komuniti setempat, di mana peserta berjoging dan berjalan sambil mengutip sampah sepanjang laluan.
Plogging menggabungkan aktiviti fizikal dan kesedaran alam sekitar, memberi peluang kepada peserta untuk menjaga kebersihan persekitaran sambil meningkatkan kesihatan tubuh badan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap agar aktiviti plogging ini dapat diamalkan secara berterusan demi kebaikan bersama dan kelestarian alam sekitar.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 121
