
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Sesi Taklimat Dan Cabut Undi Acara Pingpong Dan Bola Jaring : Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 65
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 13 JUN 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi taklimat kejohanan dan cabut undi pasukan bagi acara pingpong dan bola jaring yang telah mendaftar untuk menyertai Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2025 pada 14 dan 15 Jun 2025.
Sesi bermula dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan cabutan undi oleh pihak teknikal bagi kedua-dua acara. Pengurus dan wakil pasukan telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Able Link Sports and Recreation Centre dan Kelab Rekreasi Petroliam, Lutong.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM200 dan RM100. Pasukan yang mendapat johan dan naib johan secara automatik akan mewakili Bahagian Miri ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Kuching pada bulan Julai 2025.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri