MESYUARAT PERSEDIAAN PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN (SMP) PERINGKAT NEGERI SARAWA

MESYUARAT PERSEDIAAN PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN (SMP) PERINGKAT NEGERI SARAWA

Disediakan Oleh :MCG, JBSN Sarawak

13 Jun 2025 , SIBU - Mesyuarat persediaan bagi Program Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) peringkat Negeri Sarawak telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Bahagian Sibu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Haji Diwarna bin Haji Azool, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak. Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan serta menetapkan pembahagian tugas kepada jabatan dan agensi yang akan terlibat dalam penganjuran program tersebut. Program SMP 2025 peringkat negeri Sarawak dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 dan akan bertempat di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu. Pelbagai aktiviti berunsurkan perpaduan, kebudayaan, dan kerjasama antara kaum akan diadakan sepanjang tempoh tersebut. Dalam mesyuarat berkenaan, Pejabat Belia dan Sukan Sibu telah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan aktiviti sukan sepanjang program berlangsung. Peranan jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain turut diperincikan bagi memastikan kelancaran acara serta penglibatan menyeluruh daripada semua pihak yang berkaitan. Program ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pelbagai kaum di Sarawak, sekali gus memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat negeri ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search