TRAILBLAZERS TEAM JOHAN BAGI PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPANA LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

TRAILBLAZERS TEAM JOHAN BAGI PERTANDINGAN BOLA JARING SEMPANA LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU, 14 JUN 2025 - Pertandingan Bola Jaring bagi Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Sibu telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan Trailblazers Team menjuarai pertandingan tersebut dan secara langsung melayakkan pasukan itu mewakili Bahagian Sibu untuk ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada Julai 2025 nanti. Turut akan bersama pasukan itu ke peringkat negeri adalah Pasukan Tung Tung Tung Sahur yang telah menjadi naib johan pada pertandingan yang sama. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Sibu dan SMK Tiong Hin Sibu. Keputusan pertandingan LSK bola jaring adalah seperti berikut:

Johan - Team Trailblazers
Naib Johan - Tung Tung Tung Sahur
Ketiga bersama : Eagle ORS Netballers

Tahniah dan syabas kepada pemenang dan kesemua pasukan yang telah memeriahkan LSK Bahagian Sibu 2025. Semoga merjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search