- JBS Sarawak
- Hits: 133
BOLA TAMPAR WANITA, SARAWAK TEMPAT KE-3 DALAM KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
Disediakan Oleh : Abdul Rani Bin Jemi, JBSN Sarawak
Bangi, 25-27 Oktober 2024 : Membanggakan. Itulah kata-kata penghargaan boleh diberikan kepada Pasukan Bola Tampar (V-JOY) dari Bahagian Sarikei serta mewakili Negeri Sarawak yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang berlangsung di Sports Arena UNITEN Bangi, Selangor pada Oktober 2024 yang lepas.
Majlis penyampaian hadiah dan penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN.
Pasukan Negeri Sarawak dan Negeri Pulau Pinang telah berkongsi tempat ketiga, naib johan ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala johan menjadi milik Negeri Selangor. Pemenang membawa pulang medal, wang tunai dan sijil pencapaian.
Tahniah dan syabas kepada semua pemenang terutamanya pasukan V-Joy dari Sarawak, Semoga terus sukses dan cemerlang dalam sukan Bola Tampar ini dan jumpa lagi edisi 2025!
- JBS Sarawak
- Hits: 133
