
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Kunjungan Hormat daripada OUM Sarawak kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 12 Jun 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah menerima kunjungan hormat daripada Open University Malaysia (OUM) Sarawak bertempat di pejabat JBSN Sarawak. Kunjungan ini bertujuan membincangkan prospek pembelajaran dan peluang pendidikan lanjutan khusus untuk kakitangan dan pegawai JBSN Sarawak.
Rombongan OUM Sarawak diketuai oleh Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Sarawak (Kuching Learning Centre), Puan Hamimah Binti Kipli, bersama beberapa pegawai kanan OUM. Mereka disambut oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak, bersama-sama Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, dan Encik Yaman bin Yahya, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Perbincangan tertumpu kepada kolaborasi strategik dalam menawarkan program pengajian fleksibel yang sesuai dengan tugasan dan jadual kerja kakitangan. OUM turut menerangkan tentang kemudahan pembelajaran jarak jauh dan program yang ditawarkan, termasuk dalam bidang pengurusan sukan dan pembangunan belia.
JBSN Sarawak menyambut baik inisiatif ini yang selaras dengan usaha memperkasa pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam mendepani cabaran semasa. Kunjungan ini membuka ruang kerjasama pendidikan antara agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama