
- JBS Sarawak
- Hits: 116
LAWATAN TAPAK FASILITI SUKAN DI KUCHING BAGI PERSIAPAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 116
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
Kuching, 12 Jun 2025 – Satu lawatan tapak fasiliti sukan telah diadakan di Kuching sebagai persiapan awal menjelang penganjuran Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Julai 2025. Lawatan ini disertai oleh Encik Rawing dan Encik Dennis, pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Tumpuan utama lawatan adalah menilai tahap kesediaan fasiliti bagi tiga jenis sukan yang akan dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Ping Pong dan Bola Jaring. Aspek teknikal, logistik serta kemudahan asas turut diberi perhatian bagi memastikan kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung.
Liga Sukan Komuniti merupakan program tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan memperkasa penglibatan komuniti dalam bidang sukan secara lebih sistematik. Peringkat bahagian akan berlangsung terlebih dahulu pada 14 dan 15 Jun 2025, melibatkan 11 bahagian di seluruh negeri Sarawak. Johan dan naib johan setiap acara akan layak ke peringkat negeri.
Pihak penganjur berharap agar LSK 2025 bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat sukan tempatan, malah mampu memupuk perpaduan dan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama