
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Pentadbiran A Rangkul Kejuaraan Badminton Intersection Dua Tahun Berturut-Turut
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 11 Jun 2025 - Pasangan regu Pentadbiran A, Azizan dan Tuan Lamat, sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila menjuarai Kejohanan Badminton Intersection Final tahun ini, menjadikan mereka juara dua tahun berturut-turut.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit, mereka berjaya menundukkan pencabar utama, Team Sukan yang diwakili oleh Rawing dan Dennis, dengan keputusan straight set 2-0.
Pertarungan di gelanggang menyaksikan aksi bertenaga daripada kedua-dua pasukan.
Pada game pertama, Team Sukan memberi saingan hebat dengan mata yang rapat, namun pengalaman dan ketenangan regu Pentadbiran A memastikan kemenangan 22-20 menjadi milik mereka.
Game kedua pula menyaksikan dominasi penuh oleh Azizan dan Tuan Lamat yang menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-14.
Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan reputasi Pentadbiran A sebagai regu pilihan, tetapi juga menyemarakkan semangat sukan dalam kalangan warga pejabat. Penonton yang hadir turut memberi sokongan padu dan sorakan gemuruh kepada semua pemain yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi.
Tahniah kepada Pentadbiran A atas kejuaraan berganda ini, dan syabas juga kepada Team Sukan atas semangat juang yang ditampilkan. Kejohanan ini sekali lagi membuktikan bahawa sukan menjadi jambatan kepada perpaduan dan kerjasama antara jabatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama