Sarawak AeroBig Day Bakal Temui Warga Sibu – Ayuh Sertai!

Sarawak AeroBig Day Bakal Temui Warga Sibu – Ayuh Sertai!

Disediakan oleh: TT  , JBSN Sarawak

SIBU, 13 Jun 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menerima kunjungan daripada BANTU Sarawak dalam usaha membincangkan penganjuran acara komuniti Sarawak AeroBig Day 2025 yang dijadualkan berlangsung pada September ini. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Selain perbincangan berkaitan perancangan acara, pihak BANTU Sarawak turut membentangkan pencapaian penganjuran Sarawak AeroBig Day yang terdahulu, iaitu pada tahun 2023 dan 2024 di Kuching, Miri serta Sibu. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu amat menyokong usaha ini, khususnya dalam meningkatkan penglibatan belia dalam program berimpak tinggi. Inisiatif seperti ini merupakan platform terbaik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat. Penyertaan bagi program ini kini telah dibuka. Orang ramai, khususnya warga Sibu, dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Sarawak AeroBig Day 2025!.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search