Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 26 Oktober 2024 – Samarahan Fitness Fiesta ( SFF) 2024 telah berlangsung pada 26 Oktober 2024 bertempat di Grand Summer Mall Banquet, Kota Samarahan. Program ini merupakan Dana Suka Komuniti (DSK) dan disertai seramai lebih kurang 180 orang. Objektif program ini adalah bertujuan mencungkil bakat peserta di sekitar Bahagian Kota Samarahan dalam aktiviti sihat dan manfaat ini sambil mempromosikan aktiviti kecergsan dan kesihatan di sekitar Negeri Sarawak umumnya dan di Bahagian Samarahan Khasnya ia juga memperkukuh perpaduan (unity) rakyat Malaysia melalui aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dengan memupuk kesetiaan masyarakat kepada negara dengan pendekatan menyantuni masyarakat secara inklusif tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan jantina sekaligus mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas. Pelbagai pergerakan dan genre seperti Aerobik, Zumba,Hip Hop, Martial Art, Body Toning, marengue, salsa, cumbia, Regaethon, Dangdut, Joget diperkenalkan pada program tersebut. Program ini diselaraskan oleh Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan.
- JBS Sarawak
- Hits: 179
