- JBS Sarawak
- Hits: 45
Perbincangan Pelaksanaan Program "Clash of Buskers" dan "Pop Up Market" Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 45
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 28 Mei 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan pelaksanaan dua program yang bakal memberi impak positif kepada golongan belia, iaitu Clash of Buskers dan Pop Up Market. Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh wakil Persatuan Belia Miri, Encik Muhammad Aiman, yang hadir ke pejabat bagi membincangkan perincian program berkenaan.
Hasil daripada perbincangan tersebut, kedua-dua program akan dilaksanakan pada 26 Jun 2025 bertempat di Luak Esplanade, Miri.
Program Clash of Buskers merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memberi ruang kepada belia menonjolkan bakat dalam bidang muzik. Melalui program ini, para belia dapat berkarya dalam suasana yang santai dan bersesuaian dengan jiwa remaja serta belia masa kini. Ia juga merupakan satu saluran positif dalam membimbing belia untuk menyalurkan minat mereka melalui medium yang betul dan produktif.
Sementara itu, program Pop Up Market pula dirangka sebagai satu platform keusahawanan bagi belia. Ia membuka peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan membina jaringan bersama komuniti usahawan tempatan serta meneroka peluang-peluang perniagaan baharu. Program ini juga dilihat sebagai usaha untuk menggalakkan belia menjadikan bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan tambahan dan meningkatkan kemahiran dalam dunia perniagaan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri berharap agar penganjuran kedua-dua program ini akan memberi manfaat besar kepada para belia di kawasan Miri dan sekitarnya dalam usaha memperkasa belia melalui seni dan keusahawanan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri