
- JBS Sarawak
- Hits: 102
Sesi Taklimat Dan Cabut Undi Acara Sepak Takraw : Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 102
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 29 MEI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bahagian Miri telah mengadakan sesi taklimat kejohanan dan cabut undi bersama pengurus pasukan yang telah mendaftar untuk menyertai Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2025 di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri, semalam.
Sesi bermula dengan penyampaian ucapan dan amanat oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan diteruskan dengan taklimat peraturan permainan dan cabutan undi. Pengurus pasukan dan wakil yang mewakili 24 pasukan telah hadir untuk mendengar taklimat dan sesi cabut undi bagi menentukan kumpulan semasa kejohanan sepak takraw Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan di Kelab Rekreasi Petroliam, Lutong.
Johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300, naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima RM200 dan RM100. Pasukan yang mendapat johan dan naib johan secara automatik akan mewakili Bahagian Miri ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak pada bulan Julai 2025. PBSBMiri mengucapkan selamat maju jaya dan semoga semua pasukan bersaing secara sihat dan bertanding secara adil pada 14 Jun 2025 nanti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri