
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Kelab Belia Tanjung Kidurong Sedia Bekerjasama Dalam Menjayakan Program Pejabat
- JBS Sarawak
- Hits: 55
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 MEI 2025 - Kelab Belia Tanjung Kidurong telah diketuai oleh Puan Tiong King Lin, pengerusi Kelab Belia tersebut telah hadir dalam perbincangan bersama pihak pejabat bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu pada jumaat lepas.
Perbincangan tersebut melibatkan perancangan dan taklimat mengenai program Fiesta Rakan Muda yang bakal diadakan pada bulan Ogos tahun ini. Pelbagai pengisian aktiviti yang melibatkan 10 gaya hidup seperti pertandingan kawad kaki, pertandingan doodle arts, inovasi kitar semula dan banyak lagi.
Di kesempatan ini juga pihak pejabat merakamkan tahniah kepada Kelab Belia Tanjung Kidurong atas Johan Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2025 semoga terus sukses dan berbakti dalam pembangunan belia negara khususnya di Bintulu.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama