
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Laungan Yakin Boleh Menggegarkan Dewan Sri Perdana Kolej Vokasional Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 50
Disediakan oleh : Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 26 MEI 2025 – Sambutan Semarak Hari Belia Negara 2025 Peringkat Bahagian Bintulu telah diadakan di Dewan Sri Perdana Kolej Vokasional Bintulu pada 15 Mei 2025 yang lalu.
Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Puan Khalwani, Pengarah Akademik kolej Vokasional Bintulu, turut hadir Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu serta rakan strategik Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu. Seramai 572 orang pelajar hadir dalam meraihkan sambutan tersebut.
Pengisian Program Semarak HBN pada tahun ini melibatkan lima port aktiviti antaranya port jana duit, port fit Malaysia, port seni, port gaming dan pavilion rakan muda.
Pihak pejabat merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih khususnya kepada Kolej Vokasional Bintulu dan Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu atas kolaborasi dalam menjayakan program ini berjalan sepeti yang dirancang.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama