CERGAS BERSAMA : FIT KOMUNITI @KUCHING 2024
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 22 Oktober 2024 – Semalam Fit Komuniti @Kuching 2024 melabuhkan tirainya dengan pelaksanaan akuarobik di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Pelaksanaan fit komuniti ini telah bermula 21 September hingga 21 Oktober 2024 yang melibatkan lebih 600 orang peserta secara keseluruhannya. Seramai 6 orang instruktur kecergasan yang bertauliah telah dilantik bagi mengetuai senaman berbentuk kecergasan seperti senamrobik, akuarobik, aerodance, fun dance, tabata, dan Zumba. Fit komuniti ini diadakan di sekitar Bandar Kuching iaitu Taman Perpaduan, Pusat Kecemerlangan Akuatik KOMBES, kafeteria KOMBES, perkarangan Pejabat Kesihatan Kuching, Kuching Waterfront, Dewan Suarah Kuching, Dataran Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan Panggung Udara Kuching.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
#HSN2024
#cergasbersama
- JBS Sarawak
- Hits: 205
