- JBS Sarawak
- Hits: 107
PBSB MIRI MENYANTUNI JEMPUTAN PROGRAM KEM PERDANA MPP ILKBS ZON BORNEO 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 107
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 23 MEI 2025 – Puan Stephanie Wendy anak Stamford, Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Miri telah menyantuni jemputan IKBN Miri sebagai penceramah bagi salah satu slot program Kem Perdana MPP ILKBS Zon Borneo 2025 yang dilaksanakan di Kampung Sukan Petronas, hari ini.
Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Miri, Sarawak dan IKBN Kinarut, Sabah menghadiri sesi program tersebut. Program yang dilaksanakan selama 4 hari tersebut adalah bertujuan untuk memantapkan serta memperkukuhkan nilai-nilai kepimpinan di kalangan ahli Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Zon Borneo.
