
- JBS Sarawak
- Hits: 77
PBSB MIRI DAN PPD MIRI BERSEDIA LAKSANA KEM BELIA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 77
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 MEI 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri akan bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Miri bagi program Kem Belia Tahun 2025 Peringkat Bahagian Miri. PBSB Miri yang diwakili oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Puan Stephanie Wendy anak Stamford, Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Miri telah mengadakan sesi perbincangan program Kem Belia Peringkat Bahagian Miri 2025 bersama Pejabat Pendidikan Daerah Miri yang diwakili oleh Puan Then Fenn Nee, semalam.
Perbincangan adalah meliputi pelaksanaan program, penetapan tarikh dan pemilihan peserta yang akan terlibat dengan program tersebut. Program ini mensasarkan belia berumur antara 13 hingga 16 tahun yang berisiko, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif intervensi sosial Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha membendung keterlibatan golongan belia dengan isu dan permasalahan sosial di peringkat akar umbi.
Kem Belia Peringkat Bahagian Miri 2025 yang melibatkan 50 orang belia dari pelbagai sekolah sekitar daerah Miri akan dilaksanakan pada 15 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Kem Lupuk Ancestors Expedition, Bekenu. Menerusi program ini, PBSB Miri akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan, NGO dan komuniti setempat, demi memastikan inisiatif pembangunan belia dapat memberi kesan jangka panjang yang positif kepada masyarakat.