Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 23 OKTOBER 2024 –Majlis pelancaran Hari Sukan Negara 2024 telah diadakan pada 19 Oktober 2024 yang bertempat di Dewan Suarah Limbang, Limbang. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan di Bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program dua hari yang disusun rapi oleh unit sukan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang bagi memastikan Hari Sukan Negara edisi kali ini meriah dengan pelbagai aktiviti dan pengisian. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Limbang Half Marathon 21km, Mega Aerobik, Berjalan ria madani, Kejohanan Tinju, Pertandingan Sukaneka Kanak-Kanak, pertandingan Aerofithon, pertandingan Tennis, Saringan Kesihatan, Meet and Greet bersama atlet, pameran agensi dan pameran kenderaan Pacuan 4 roda.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Kr Sufian Bin Mohat, Walikota Majlis Daerah Limbang. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral. Encik Rynnille Elsther Peter,Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang dan semua pegawai turut hadir memberi sokongan kepada program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh sukan di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 170
