Disediakan oleh : TT, JBSN Sarawak
SIBU, 19 OKTOBER 2024 - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Sibu di mulakan dengan Majlis Perasmian oleh Yang Berbahagia, Counselor Kevin Lau Kor Jie, wakil Yang Berhormat Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam & Perumahan) sejurus selepas menyambut kedatangan beliau dengan persembahan Tarian Singa.Dengan cuaca yang mengizinkan, Majlis Flag Off Fun Ride Madani dilepaskan selepas Aktiviti Senamrobik & Zumba. Kemudian, Yang Berbahagia, Counselor Kevin Lau Kor Jie bersama tetamu jemputan menyertai Jalan Ria Madani di mana warga emas serta warga OKU bersama-sama memeriahkan acara tersebut.
Selesainya acara Jalan Ria Madani, Yang Berbahagia, Counselor Kevin Lau Kor Jie sekali lagi melepaskan Flag Off untuk acara HSN Fun Run Larian Untuk Negara yang disertai seramai 500 peserta. Seterusnya Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengiringi rombongan untuk menyaksikan acara Pertandingan Mewarna, Sukaneka Warga Emas dan OKU, Pertandingan Memanah Modern, Pertandingan Dart, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan 3x3 Basketball dan Pertandingan Aerobicthon yang turut berlangsung.Pihak pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur bersama dan rakan strategik yang berjaya memeriahkan HSN 2024 ini iaitu Pejabat Residen Bahagian Sibu, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu/Selangau/Kanowit, Sibu Municipal Council, Sibu Rural District Council, Pasaraya Swan Square, Everwin Hypermarket Sdn. Bhd., Pejabat Penerangan Daerah Sibu, Pejabat Penyiaran Bahagian Sibu, Pejabat KEMAS Bahagian Sibu, Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bahagian Sibu, Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Sibu, Kelab Memanah Falcon Sibu, Kelab Berbasikal Goohet Sibu, Kelab Larian Underground Sibu, Kelab Bola Sepak District Sibu, Pejabat Penjara Bahagian Sibu, MAKSAK Bahagian Sibu, Brotherhood Basketball Community, Horse Warrior Basketball Club, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kelab Karom Swan Sibu, Swan Dynamic Fitness Club, Kapal Api, Jabatan Pertahanan Awam Bahagian Sibu, RELA Sibu, PAWE, dan Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Terima kasih juga tidak terhingga kepada semua yang hadir dan menyertai Sambutan HSN Peringkat Bahagian Sibu. Jumpa anda semua di tahun hadapan!
- JBS Sarawak
- Hits: 159
