Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 15 JANUARI 2025 – Dalam usaha memeriahkan suasana perayaan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah memasang perhiasan Tahun Baru Cina 2025 di pejabat. Setiap perhiasan yang dipasang bukan sahaja menghiasi pejabat, tetapi turut disesuaikan mengikut tema perayaan yang akan datang. Langkah ini bertujuan untuk mencipta suasana yang berbeza dan penuh keceriaan dengan mengikuti tradisi serta nilai setiap perayaan yang disambut.
Untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini, pelbagai perhiasan seperti tanglung merah dang angpau telah dipamerkan di ruang pejabat. Elemen-elemen ini mencerminkan simbol keberuntungan dan kemakmuran, sambil memberikan penghormatan kepada budaya tradisional masyarakat Cina. Setiap perhiasan yang dipasang bukan hanya untuk menghiasi ruang pejabat, tetapi sebagai simbol penghargaan terhadap budaya dan tradisi yang wujud dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBMiri
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 226
