- JBS Sarawak
- Hits: 185
KURSUS PERAKAUNAN TERIMAAN TAHUN 2025 ANJURAN BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 185
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 APRIL 2025 - Puan Everlyn Anak Morgan pembantu tadbir di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu telah menghadiri Kursus Perakaunan Terimaan Tahun 2025 anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi penerangan mengenai tatacara pengurusan terimaan/hasil kerajaan dan cara pengendalian perakaunannya. Dalam kursus ini turut menekankan SPANM 4/2024 tatacara pengurusan penetapan kuasa dan tugas pegawai pengawal kepada pegawai perakaunan di bawah kawalannya (AP11), SPANM BIL 3/2025 tatacara pengurusan terimaan, serta sistem terimaan elektronik kerajaan persekutuan (iPAYMENT).
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama