Disediakan oleh: Nuff JBSN Sarawak
BINTULU, 17 OKTOBER 2024 – Program Fit Komuniti @ Bahagian Bintulu Tahun 2024 Siri 4 edisi khas warga Wisma Bahagian Bintulu telah melabuhkan tirainya.
Aktiviti senamrobik telah diketuai oleh Puan Hanum Binti Hassan telah berlangsung selama satu jam bermula pada pukul 5.00 petang. Selain menjalani gaya hidup sihat para peserta dapat menambah kenalan dan hubungan silaturahim antara jabatan lain yang berada dalam wisma tersebut.
Pihak pejabat merakamkan ribuan terima kasih kepada semua kerana memberikan kerjasama dan sambutan yang sangat padu dalam menjayakan program ini. Diharap kita dapat bekerjsama lagi pada program yang akan datang.
- JBS Sarawak
- Hits: 207
