
- JBS Sarawak
- Hits: 67
MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI DI BAWAH JAWATANKUASA M.I.D.S DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 67
Disediakan Oleh : Abdul Rani Jemi, JBSN Sarawak
SARIKEI, 5 Mei 2025 : Jawatankuasa Membanteras Isu Dadah dan Substan (M.I.D.S) Daerah Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti bagi tahun 2025 di Dewan Serbaguna Kampung Seberang, Sarikei. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ayahnda Pemanca Hj. Awg. Kenit b. Awg. Mohammad, selaku Pengerusi M.I.D.S Daerah Sarikei.
Dalam mesyuarat tersebut, Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membentangkan Kertas Kerja Cadangan Pelaksanaan Kem Pemantapan Jatidiri Belia yang akan diadakan pada 15-17 Ogos 2025 di PULAKO, IPG Kampus Rajang.
Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh Wakil Pejabat Daerah, AADK Daerah Sarikei, Ayahnda Temenggong, Ayahnda Penghulu, Encik Abdul Rani bin Jemi, Pembantu Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan serta semua Ketua Kaum yang menganggotai Jawatankuasa M.I.D.S Daerah Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d