Disediakan oleh : Jamaika Binti Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 3 Januari 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil.1/2025 bertempat di Pusat Aktiviti PBSB Sarikei. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Y.Brs Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan dihadiri oleh semua staf.
Mesyuarat ini diadakan bagi membentangkan semua aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda termasuk aktiviti kerjasama strategik bersama Kerajaan Negeri dan NGO's sepanjang tahun 2024 yang lalu. Mesyuarat turut membincangkan berkenaan tadbir urus kewangan, aset dan pentadbiran pejabat.
Pengerusi berharap agar staf sentiasa bekerja dengan lebih produktif dan peka terhadap kerja-kerja yang diamanahkan dan sentiasa bekerjasama dalam melakukan semua aktiviti dan pengurusan yang dilaksanakan pada tahun 2025 dan seterusnya.
- JBS Sarawak
- Hits: 181
