Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 17 Disember 2024 – Majlis Sambutan Pra Krismas telah diadakan secara sederhana tetapi meriah di Wisma Persekutuan Kapit pada 12 Disember yang lalu dihadiri oleh seluruh warga Wisma Persekutuan Kapit. Sambutan Pra Krismas di Wisma Persekutuan Kapit adalah julung kalinya diadakan.
Majlis telah diadakan bermula jam 5.30 petang sehingga 9.00 malam. Selain daripada aktiviti barbeque dan sukaneka telah diadakan oleh Pejabat RELA Daerah Kapit dan juga Cabutan Hadiah Bertuah. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua kakitangan Wisma Persekutuan Kapit dimana mereka telah membawa ahli keluarga mereka bersama.
Turut hadir bersama ke majlis tersebut ialah Yang Berusaha Encik Galong Luang, Residen Bahagian Kapit, Encik Cerisologo Sabut, Pegawai Daerah Kapit dan Encik Calvin LIgong Anak Bujang @ Endawie, Pegawai Daerah Bukit Mabong.
- JBS Sarawak
- Hits: 192
