
- JBS Sarawak
- Hits: 89
PERBINCANGAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 89
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 25 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan akan melaksanakan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sibu 2025 pada 15 Mei 2025 bertempat di SMK Oya Sibu. Sehubungan dengan pihak itu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan perbincangan bagi memperhalusi lagi aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan dijangka program ini akan melibatkan seramai 500 orang pelajar. Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima program kerjasama yang mempunyai objektif iaitu memperluaskan penglibatan belia hingga ke peringkat akar umbi. Disamping itu progran ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.Perbincangan telah diketuai oleh Encik John AK Dana selaku Guru Penolong Kanan 1 SMK Oya . Turut hadir Encik Ricky Anak Enteri serta Jawatankuasa Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS