Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 3 DISEMBER 2024 – Seramai 20 orang peserta terdiri daripada belia berumur 15 hingga 30 tahun telah menyertai Kursus Asas Canva bagi Program Rakan Mahir Skills For Life @ Parlimen Miri Tahun 2024 pada 30 November 2024 lalu. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Belia Kristian Rhema dan Kolej Komuniti Miri.
Encik Syamsul Ambia Bin Sa’adi penceramah dari Kolej Komuniti Miri memulakan kursus tersebut dengan penerangan secara teori mengenai aplikasi Canva. Jika dimanfaatkan dengan baik, aplikasi Canva juga boleh membantu untuk menjadi sumber menjana pendapatan. Semasa sesi teori, Yang Berhormat Tuan Chiew Choon Man, Ahli Parlimen P219 Miri berkesempatan meninjau dan merasmikan majlis perasmian.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta. Semoga latihan kemahiran asas yang diperolehi oleh para peserta dapat dimanfaatkan dan membantu mereka dalam mempersiapkan diri mendepani cabaran semasa khususnya kini negara ke arah ekonomi digital serta membantu menangani kos sara hidup tinggi dihadapi mereka pada masa kini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 178
