PERBINCANGAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

PERBINCANGAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN SIBU 2025

Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU, 17 APRIL 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan kerjasama Kelab Belia Iban Mansang Bawang Assan merancang melaksanakan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sibu 2025 pada 15 Mei 2025. Sehubungan dengan pihak itu Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan perjumpaan bersama dengan Tuan Pengaetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya, Dr Zulkairnain Farihin Abdullah bagi membincangkan program kerjasama ini. Pihak sekolah sangat berbesar hati menerima program kerjasama yang mempunyai objektif iaitu memperluaskan penglibatan belia hingga ke peringkat akar umbi. Disamping itu progran ini juga bertujuan untuk menaikkan semangat kecintaan dan patriotisme kepada golongan belia supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.Turut hadir Cikgu Mohd Azmi Zakaria , Guru Akademik Biasa yang sama-sama menberikan cadangan yang baik supaya program ini akan memdapat sambutan dikalangan pelajar- pelajar. Bertemakan " Yakin Boleh" diharapkan program yang memaparkan 5 Segmen menarik akan sama- sama dapat memeriahkan lagi Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Sibu 2025.

#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search