
- JBS Sarawak
- Hits: 74
PERSEMBAHAN BAHAGIAN SUKAN TIDAK DAPAT DILAWAN
- JBS Sarawak
- Hits: 74
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 16 April 2025 - Bahagian Pembangunan Sukan telah mencuri tumpuan dengan persembahan terbaik sempena Ramah Tamah Aidilfitri JBSN Sarawak bertemakan Raya Zaman Mensia Marek. Persembahan yang penuh warna-warni dan sarat dengan elemen nostalgia itu nyata menggamit memori serta mencuit hati para hadirin.
Diketuai oleh Encik Dennis Anak Dempi, kumpulan ini dianggotai seramai lapan orang pegawai yang mempersembahkan gabungan tarian twist, lakonan bersahaja, serta sentuhan komedi yang menyegarkan.
Kreativiti dan semangat kerjasama yang ditonjolkan dalam persembahan ini berjaya menambat hati para juri dan penonton, sekaligus mengangkat nama Bahagian Pembangunan Sukan sebagai juara malam tersebut.
Persembahan ini bukan sahaja menghiburkan, malah turut menzahirkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga JBSN Sarawak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas usaha cemerlang dan dedikasi yang ditunjukkan
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama