
- JBS Sarawak
- Hits: 64
TIGA SAMBUTAN ISTIMEWA BERSAMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 14 April 2025: Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan satu majlis makan tengahari ringkas namun bermakna pada 14 April 2025 di Kuching. Majlis ini diadakan bagi menghargai jasa Puan Idayu binti Hasil yang telah bertukar ke Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah banyak menyumbang kepada pembangunan sukan di negeri ini dan dikenali sebagai seorang pegawai yang berdedikasi.
Majlis turut meraikan kehadiran pegawai baharu, Encik Nadzrul Idzlan bin Mohd Nor yang kini menyertai Bahagian Pembangunan Sukan. Dalam masa yang sama, sambutan hari lahir Encik Julian Chong turut diadakan, menjadikan majlis ini lebih bermakna dan mesra.
Turut hadir memeriahkan suasana ialah Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan. Beliau menyampaikan ucapan penghargaan dan galakan kepada semua warga kerja agar terus komited dalam memajukan sektor sukan negeri. Majlis seperti ini diyakini mampu mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama