- JBS Sarawak
- Hits: 185
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN KAPIT SARAWAK TAHUN 2024-2026
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 9 Disember 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit Sarawak Tahun 2024 – 2026 telah diadakan pada 3 Disember 2024 lalu, jam 8.00 malam bertempat di Lily Pond Café, Kapit. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Cerisologo Anak Sabut, Pegawai Daerah Kapit merangkap Pengerusi Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit.
Diantara agenda yang dibincangkan adalah berkenaan penetapan tarikh dan tempat-tempat bagi majlis tersebut yang dicadang untuk dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari 2025. Dijangka turut hadir pada majlis tersebut ialah Tan Sri William Mawan Ikom, Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak. Mesyuarat ini telah dihadiri ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Kapit dan turut dihadiri oleh Puan Olivia Anak Kaminis wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit .
- JBS Sarawak
- Hits: 185
