- JBS Sarawak
- Hits: 167
TAHNIAH ENCIK ROLEY LAGIR, PENERIMA ANUGERAH KHAS PEKERJA TERBAIK MAC 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 167
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 APRIL 2025 – Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik bagi bulan Mac 2025. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak pada 16 April 2025 di Auditorium, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan semoga kejayaan ini menjadi pendorong serta motivasi kepada semua warga PBSB Miri untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang secara berterusan kepada jabatan dan masyarakat.