
- JBS Sarawak
- Hits: 107
AYUH KITA SERTAI AKTIVITI SIHAT DAN AKTIF SEMPENA “MIRI CITY CAR FREE DAY” 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 107
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 APRIL 2025 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Puan Stephanie Wendy anak Stamford telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan “Miri City Car Free Day” 2025 yang diadakan di Miri Green Community Hub pada 17 April yang lalu.
Mesyuarat penyelarasan program kali ke-3 tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Dayang Siti Nurbaya binti Kipli, Pegawai Tadbir dari Seksyen Korporat Majlis Bandaraya Miri dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan dan NGO yang akan terlibat dengan program tersebut. “Miri City Car Free Day” atau Hari Tanpa Kenderaan Bandaraya Miri 2025 merupakan anjuran Seksyen Pembangunan Lestari (SDG), Majlis Bandaraya Miri akan dilaksanakan pada Sabtu, 3 Mei 2025 di Dewan Bandaraya Miri, Marina Bay. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah Zumba, Fun Ride, Fun Walk, Pickleball, Saringan Kesihatan, Memanah Tradisional, Thai Chi, Taekwondo dan pameran oleh pelbagai agensi di bawah Majlis Bandaraya miri, agensi kerajaan dan badan-badan sukan.
Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2022 bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan memerangi perubahan iklim. Program ini adalah peluang untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di mana orang ramai bebas berjalan kaki dan berbasikal serta menerokai bandar raya tanpa menggunakan kenderaan bermotor. Ayuh warga Miri, kita sertai aktiviti sihat dan aktif sempena “Miri City Car Free Day” pada 3 Mei 2025 nanti!