- JBS Sarawak
- Hits: 159
IKBN MIRI LOKASI SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 159
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 22 APRIL 2025 – IKBN Miri dipilih sebagai lokasi program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025. Kunjungan mesra Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri yang diwakili oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan Puan Stephanie Wendy anak Stamford dari Unit Pembangunan Belia PBSB Miri ke IKBN Miri telah disambut mesra oleh Tuan Mohammad Mazlan bin Anis, Pengarah IKBN Miri dan Encik Kaya Raju, Timbalan Pengarah HEP IKBN Miri, semalam.
Kunjungan hormat oleh PBSB Miri ke IKBN Miri adalah platform untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dan sokongan Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri bersama IKBN Miri menerusi aktiviti-aktiviti belia, sukan dan Rakan Muda pada masa akan datang. Perjumpaan tersebut sekali gus membincangkan perancangan program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Miri tahun 2025 yang akan diisi dengan lima jenis aktiviti berdasarkan segmen-segmen Hari Belia Negara 2025.
PBSB Miri mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IKBN Miri dan semoga dengan kunjungan hormat ini menyimpul jalinan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak dalam pada masa akan datang.
