- JBS Sarawak
- Hits: 228
PBSB MIRI TURUT SERTA SESI LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN GUNASAMA WISMA PERSEKUTUAN FASA 1, MIRI
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 18 DISEMBER 2024 – Warga Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri juga tidak ketinggalan untuk menyertai sesi latihan pengungsian Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan Bangunan Gunasama Persekutuan, Wisma Persekutuan Fasa 1 dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Miri Sentral pada 10 Disember yang lalu.
Tujuan utama diadakan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja di bangunan tersebut tentang prosedur menyelamatkan diri jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kebakaran. PBSB Miri mengucapkan setinggi –tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Keselamatan Bangunan Gunasama Persekutuan, Wisma Persekutuan Fasa 1 di atas penganjuran aktiviti tahunan dan peluang diberikan kepada warga PBSB Miri untuk menyertai latihan ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsbmiri
- JBS Sarawak
- Hits: 228
