- JBS Sarawak
- Hits: 73
HARI BERTEMU PELANGGAN PJS RANTAU SARAWAK PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 73
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak.
KAPIT, 28 APRIL 2025 – Pejabat Pesuruhjaya Rantau Sarawak telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan PJS Rantau Sarawak Peringkat Bahagian Kapit pada 26 April 2025 yang lalu bertempat di Bilik Seminar, Hotel Meligai Kapit yang turut dihadiri oleh Encik Suhardi bin Alias, Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Encik Azizi bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Tujuan program ini adalah bertujuan bagi mewujudkan budaya pejabat mesra masyarakat. Selain itu, program ini merupakan salah satu program untuk menyampaikan info-info semasa kepada masyarakat amnya dan badan sukan khususnya. PBSB Kapit yang diwakili oleh Encik Lanting Mala juga telah membuka kaunter bagi berkongsi info berkenaan dengan program dan Dana Sukan Komuniti(DSK).
Pesuruhjaya Sukan melaksanakan sesi beramah mesra bersama badan-badan sukan di Kapit yang hadir pada hari tersebut. Adalah diharapkan dengan kehadiran PJS Rantau Sarawak ke bahagian Kapit dapat dimanfaatkan oleh kelab-kelab sukan di Kapit bagi menambahbaik kualiti kelab mereka sendiri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit