- JBS Sarawak
- Hits: 242
MAJLIS APRESIASI KANAK-KANAK TABIKA DAN TASKA KEMAS PARLIMEN MUKAH SESI 2024/2025
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 22 JANUARI 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput hadir ke Majlis Apresiasi Kanak-kanak TABIKA dan TASKA KEMAS Parlimen Mukah Sesi 2024/2025 pada 16 Januari 2025 di Grand Ballroom, Kingwood Resort Mukah bagi meraikan kanak-kanak yang telah tamat sesi persekolahan 2024/2025.
Majlis telah dihadiri Yang Berhormat Encik Abdul Yakub bin Hj.Arbi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak N.58 Balingian. Sebanyak 233 graduan telah diraikan dalam majlis tersebut. Selain itu, aktiviti persembahan daripada kanak-kanak dan guru-guru turut menarik perhatian para hadirin yang hadir. Jemputan pejabat ke majlis tersebut telah diwakili Puan Noorlina binti Mirais.
- JBS Sarawak
- Hits: 242
