- JBS Sarawak
- Hits: 99
MESYUARAT PERSEDIAAN LISOKU DAN INSPIRE i - TALENT PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 99
Disediakan oleh: RJH, JBSN SARAWAK
Kuching, 7 Mei 2025 – Satu mesyuarat telah diadakan bersama penggerak sukan OKU bagi membincangkan pelaksanaan dua program utama anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, iaitu Program Liga Sukan OKU (LISOKU) Peringkat Negeri Sarawak dan Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sarawak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Awangku Adi Azwan, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan OKU.
Program LISOKU Peringkat Negeri Sarawak dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Mei 2025 di Kuching, dengan penyertaan terbuka kepada individu OKU secara percuma.
Sementara itu, Program Inspire i-Talent akan dilaksanakan dalam tiga siri iaitu:
* Siri 1: My Centre, Sibu (17–18 Mei 2025)
* Siri 2:Stadium Tertutup Sri Aman (21–22 Jun 2025)
* Siri 3:Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak (12 - 13 Julai 2025)
Mesyuarat turut menekankan kepentingan kolaborasi semua pihak bagi memastikan program berjalan lancar dan mencapai objektif pembangunan sukan inklusif di Sarawak
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama